Just another WordPress.com weblog

:: Majlis Resepsi Edyzul & Feeda

salam semua..jumpa lagi kita.last saya menulis diblog ni Ramadhan lepas dan hari ini 12 nov 2010 saya ingin menulis lagi.bukan tak mahu menulis tp atas byk sebab juga untuk itu..sibuk dgn tugas dan sebagainya.entry kali saya ke Beranang , Selangor untuk ‘full event’  Edyzul & Feeda.ade juga rezeki nk shoot couple ni..haha.Majlis utk 2hari berjalan dgn sempurna  dimana make up di sempurnakan  oleh Effa dari E’unique Beauty House , Nilai.pelaminnya sgt cantik..secantik dan ‘sesporting’ mak andamnya jugak..lalalala.thanks Effa.nak cerita pasal pengantin ni skitlah..pada mula saya ‘deal’ dgn si Feeda tanpa kehadiran Edyzul  ni hanya di warung belakang Maybank Sg.Besi..org keja Bank rupanya dia..banyak duit ni..haha.deal punya deal selepas seminggu Feeda pun call untuk confirm dan masukan deposit..yaayy BERJAYA…dan sungguh berbaloi bila shoot mereka berdua ni..si feeda memang x lekang dgn senyumannya..anda semua tengok la gambar2 mereka.hampir seribu keping gambar yg saya shoot teramat susah nk carik gambar yg x senyum.edy pun sama..senyuman hero..untung la feeda.hahha.thanks ye buat korang berdua sebab bekerjasama dgn baik ketika sessi shooting.saya senang bekerja dgn anda.. 🙂 thanks to zaharul zakaria jugak sebab sudi tag untuk majlis akad nikah dan majlis ‘Arabian Night‘..kali ni dia x nakal lagi..haha..last untuk Edyzul & Feeda sy ucapkan Selamat Pengantin Baru ye semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..ada rezeki kita jumpa lagi..’cap tea’..haha

Kebelakangan ni saya terima byk sms,call,fb inbox & fb chat dari kawan2 saya di luar sana ingin  belajar fotografi.ada antara mereka ini sy tidak kenal dan x pernah berjumpa pun.malah ade yg sanggup nk bayar saya secara bulanan semata2 nak belajar fotografi dgn saya..ada antara mereka ini saya x reply apa2 dan saya minta maaf untuk itu.disini saya ingin katakan pada mereka semua ini bahawa saya ‘TIDAK LAYAK‘ untuk mengajar anda semua.ilmu yang saya ada belum mampu untuk saya curahkan kepada anda semua.ilmu yg saya ada sangat CETEK..teori fotografi saya GAGAL..buku manual saya masih cantik lagi..ada laa saya singkap sekali dua masa baru2 beli camera dulu..belajar teori pun dulu hangat2 ‘tahi ayam’ saja..kata orang kalau nak pandai dlm bidang fotografi ni kita kena belajar teorinya dulu dan barulah praktikalnya..jadi usahlah berguru dgn saya..carilah cikgu fotografi yang betul2 boleh mengajar anda..sekali lagi saya tulis disini ‘TEORI FOTOGRAFI SHAHZAINAL GAGAL‘..di sudut lain pula saya beri keizinan kepada mereka2 ini untuk ikutserta job saya jika ingin tahu sesuatu dalam fotografi.saya boleh kongsi2kan sedikit ilmu praktikal yang saya ada..Insyaallah..itu sahaja yang saya termampu buat mereka2 ini..’Sharing is Caring‘..semua ini kurniaan Allah swt..tuntut ilmu hingga hujung dunia..

Akhir kata, saya ucap terima kasih buat client2 yg sudi hire saya untuk majlis perkahwinan mereka..Alhamdullilah..untuk next client tunggu giliran korang pulak..berilah kerjasama yg paling best pada saya..saya janji akan hasilkan yang terbaik untuk anda pula..bukan hanya sekadar gambar.saya mahu client saya menitis air mata apabila melihat kembali gambar2 perkahwinan mereka 10-20 tahun akan datang..tidak kiralah air mata kegembiraan atau kesedihan..bukan mudah untuk hasilkan gambar atau ‘moment’ sebegitu..gambar2  yg best & ‘ada rasa’..itulah antara tugas2 sukar seorang jurugambar..dan inilah nilai & harga yang anda perlu bayar sebenarnya..sekian untuk kali ini..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim saya buka tempahan fotografi dari saya untuk tahun 2011.. Thank u Allah 🙂




>


ShahZainal
+6012 – 2176208
photographer / designer
email – aku@shahzainal.com
facebook.com/shahzainal

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s