Just another WordPress.com weblog

:: Shahzainal Photogallery

Bismillahirahmanirahim…Salam semua.Lama sungguh sy x menulis di blog ni.Atas kekangan masa dan kesibukan jadual kerja tp hari ni sy terasa utk menulis walaupun idea x sampai2..xpelah korang baca jelah ape yg aku karang ni nanti..

Alhamdulillah syukur kepada Allah hari ini sy sudah ada foto galeri sendiri.Galeri di mana hasil kerja saya dan beberapa org kawan fotografi.Selepas ini segala-galanya di sini.Tiada lagi jumpa client di Mcd,kfc,cafe2 atau kedai mamak.Penyerahan album untuk client juga di sini.Di galeri ini sy sediakan sample2 album dan frame untuk bakal client buat pemilihan..Jangan risau atau bimbang datang untuk deal di sini kerana confirm atau tidak bukan soalnya pada sy.Semuanya kita boleh bawa berbincang dan saya boleh sharing idea dan pengalaman sy dalam ‘wedding photography’kepada anda.Mungkin satu atau dua tips yang anda boleh bawa pulang.Selalu sy ingatkan bakal2 pengantin bahawa dalam wedding bukan lagi masa untuk ‘test’ sana sini.Kalau anda rasa itu bagus,teruskan..kalau anda rasa itu cantik,ambil dan kalau anda rasa itu baik,terimalah.Dalam wedding bukan lagi masa untuk hendak jaga hati atau ambil hati org lain.Sekali anda buat silap anda bakal menyesal sampai bila2.

Dengan pembukaan galeri baru ini kami ada ‘HARGA PROMO’..Datang & Booking digaleri anda akan dapat harga promo tersebut.Juga kami akan beri anda ‘cenderahati istimewa’..Maaf untuk kawan2 atau korang semua di luar sana yang bertanyakan harga pakej online.Kami tiada pakej online.Luangkan masa untuk seketika kita bertemu & berbincang di galeri sambil menilai & memilih album2 untuk bigday anda.Kepada yang ingin buat tempahan atau datang ke galeri alamatnya di sini No6 Tingkat 1,Jalan Cattleya 5, Taman Cattleya Senawang.Sila telefon kami sebelum plan untuk datang.

Jutaan terima kasih kepada abang saya kerana idea & peluang yang diberi untuk galeri ini.Terima kasih juga untuk rakan2 saya IshakAbuJamin,KuAin,WafiAbu,AmirulYeo & ZaharulZakaria kerana sumbangan idea dan keringat anda.Terima kasih yang tidak terhingga untuk orang kuat serta junior saya RezaRoslan & SyawaludinMokhtar.Kamu semua orang2 hebat!!Kepada Mrs Hua & Mr Chan De loyal thanks atas sponser 🙂

Kepada cikgu2 & sifu2 fotografi saya,jasa & tunjuk ajar kalian semua akan dikenang hingga akhir hayat.Kerana tanpa mereka mana mungkin saya ditahap ini.Terima kasih cikgu !!

Cukup sampai di sini..ada masa saya menulis lagi.Sedih juga disaat2 sepatutnya saya bergembira dengan apa yang saya ada hari ni tetapi ‘orang-orang penting’ dalam hidup saya tidak berkata apa2 😥 Sekian wassalam








ShahZainal
+6012 – 2176208 / +6013 – 6944556
photographer / designer
email – shahzainal99@yahoo.com
facebook.com/shahzainal

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s